Pada 4 Ogos 2015 (Selasa) bersamaan 19 Syawal 1436H, Unit Program Pembangunan Insan (PPI) Penjara Reman Johor Bahru telah menganjurkan Program Penghayatan Pembentukan Keluarga Islam (Jalinan Kasih) sempena Hari Raya Aidilfitri yang telah diadakan di Dataran Perhimpunan Penjara Reman Johor Bahru. Majlis telah dihadiri Timbalan Penguasa Penjara Shahrom bin Mohamed, Pegawai dan anggota Unit Pelan Pembangunan Insan yang melibatkan 9 orang penghuni dan 42 orang ahli keluarga. Di dalam program ini penghuni juga diberi peluang untuk memberi ucapan hari raya kepada keluarga, nyanyian lagu hari raya dan sajak yang bertemakan kekeluargaan.
""